четверг, 10 апреля 2014 г.

catatan1

20 jam. Operasi pemindahan jantung berjaya. Doktor Zuhaira tersenyum gembira. Air mata mengalir perlahan-lahan membasahi pipi.Keringatnya telah membuahkan hasil. Zuhaira terus keluar daripada bilik bedah. Ahli keluarga dan rakan-rakan pesakit terus mengelilingi Zuhaira dan bertanyakan keadaan pesakit. "Operasi telah berjalan dengan lancar. Encik Ahmad dalam keadaan stabil sekarang. Dia hanya perlukan beberapa hari untuk berehat sebelum dia boleh pulang ke rumah", kata Zuhaira.

  "Segala puji bagi Allah! Allah Maha Besar!",kata-kata tersebut dilaungkan ramai orang."Allah? Kenapa Allah?",Zuhaira bertanya. "Bukankah saya yang telah memerah keringat siang dan malam untuk Encik Ahmad? Allah? Allah tidak wujud, bukalah mata kamu semua. Doa-doa kamu tidak mempunyai apa-apa hasil tanpa doktor yang bekerja!" Suara Zuhaira meninggi. Semua yang ada disitu terdiam. Seorang makcik tua meluru kearah Zuhaira dan terus menamparnya seperti buaya.

 Zuhaira tersentak dan tersedar daripada mimpi.Dia telah terlena beberapa minit. Di depannya mayat encik Ahmad terbaring kaku. Segala penat lelah untuk menyelamatkan pesakit dan menjayakan operasi telah gagal. Kini dia perlu berhadapan pula kaum kerabat si mati. Zuhaira megeluh panjang dan terus melangkah keluar daripada bilik bedah.

среда, 9 апреля 2014 г.

Doge wants hugs

Setelah meninggalkan islam, antara nikmat yang paling besar saya rasai bukanlah minum arak sehingga mabuk berhari-hari atau melakukan hubungan seks liar dengan orang yang tidak dikenali, tetapi memeluk anjing comel selama mana yang saya mahu.


Dari Abu Juhaifah Radiyallahu ‘anhu:
“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam
telah melarang dari (memakan) hasil (jual beli) darah,
anjing, usaha pelacuran, dan (beliau) telah melaknat
pemakan riba, yang menyerahkannya, pembuat tatoo
(gambar tubuh), yang meminta ditatoo serta tukang
gambar.”

Rujukan:
H/R Bukhari




“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di
dalamnya terdapat anjing, juga tidak memasuki rumah yang
di dalamnya terdapat gambar (patung)"
Rujukan
H/R Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah yang semuanya dari Abu Thalhah
Radhiallahu 'anhu. Lihat Shahihul-Jami' No. 7262

вторник, 25 марта 2014 г.

Badrul dan Buku Ajaib

Koleksi Kisah Kanak-Kanak
Kisah 1-Badrul dan Buku Ajaib




Ada seketul sosej bernama Badrul. Suatu hari, dia berjalan-jalan dan terjumpa Nina, seketul sosej berisi keju.

Badrul:Selamat pagi, Nina.
Nina: Selamat pagi.
Badrul:Apa yang sedang awak lakukan?
Nina:Saya sedang membaca buku ajaib.
Badrul:Buku ajaib?
Nina:Ya,buku ini mengatakan bahawa ianya adalah buku ajaib dan bukan buku biasa. Didalamnya tertulis dari mana kita datang,kemana kita akan pergi selepas mati, dan cara hidup yang betul.
Badrul:Dari mana awak dapat buku ini,Nina?
Nina:Ianya jatuh dari langit.

Semasa Badrul dan Nina sedang seronok membaca buku ajaib, datang sebuah helikopter yang mendarat berdekatan dengan mereka. Encik Edward, seketul sosej black pepper keluar daripada helikopter itu dan mendekati Badrul dan Nina.

Edward:Adakah kamu berdua ada lihat buku pakcik?
Nina:Buku inikah yang pakcik cari?
Edward:Ya, ia terjatuh semasa helikopter pakcik membuat pusingan U.
Nina:Dari mana pakcik dapat buku ini?
Edward:Buku ini diberi oleh kawan pakcik. Ia hanyalah kisah-kisah dongeng orang dahulu kala.
Nina & Badrul: Oh, begitu!

Setelah Pakcik Edward meninggalkan mereka, Nina dan Badrul juga pulang ke rumah masing-masing. Pengalaman hari itu mengajar mereka untuk tidak mudah percaya dengan mana-mana kenyataan yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh.

понедельник, 24 марта 2014 г.

Takutkan -isme

Orang melayu anti sangat apabila mendengar apa-apa sahaja perkataan yang diakhiri dengan -isme, mungkin sebab mereka telah dididik membenci komunisme dan kapitalisme dan juga kerana kebanyakan ideologi-ideologi ini adalah dari barat. Mereka beranggapan mereka hanya perlu ada Islam dan tidak perlu isme-isme ini, namun begitu, sesetengahnya seperti feminisme dan sosialisme memang ada diterapkan dalam islam. Ada yang beranggapan Muhammad adalah seorang feminis dan Umar seorang sosialis.

Kita selalunya takut akan sesuatu yang tidak kenal. Jadi dengan memahami ideologi-ideologi tersebut kita akan lebih memahami sama ada benda itu betul atau salah. My point is, banyakkan membaca dan kalau malas macam aku, tengok video2 bermanfaat kat youtube.